Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

PM DUKACITA DENGAN INSIDEN LETUPAN DI ISTANBUL

Kongsi maklumat ini
Tags

hhgKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dukacita dengan insiden pengeboman di Istanbul, Turki yang mengorbankan banyak nyawa.

“Sedih mendengar tentang pembunuhan di Istanbul oleh pengebom nekad Daesh,” kata beliau menerusi akaun Twitter dan Facebook.

Menurut laporan, letupan pada Selasa lepas di Sultanahmet Square, yang terletak berhampiran beberapa lokasi tarikan utama pelancong, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 15 yang lain.

Najib berkata insiden itu menunjukkan bahawa peperangan menentang ekstremisme perlu sentiasa menjadi keutamaan.

“Satu lagi peringatan tentang pentingnya untuk memerangi ekstremisme di mana jua ia mungkin berada,” katanya, mengulas tentang letupan itu.

Laporan dari Turki menyebut bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang warga asing yang merupakan anggota kumpulan militan Daesh yang bertapak kukuh di Syria dan Iraq.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.