Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

PM Gembira Seri Perdana Ceria Dan Meriah Dengan Kehadiran Tetamu

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri beliau dan anggota Kabinet di Seri Perdana.

Dalam status terbaru beliau di laman Facebooknya, Datuk Seri Najib berkata Seri Perdana ceria dan meriah dengan kehadiran para tetamu itu.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk terus datang ke majlis rumah terbuka beliau dan menteri-menteri Kabinet yang lain.

“Seri Perdana meriah dan ceria dengan tetamu berbilang kaum tadi. Terima kasih. Silalah datang beraya bersama. Rumah terbuka hingga 4 petang,” katanya.

Masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang telah mula membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri itu sejak pukul 8 pagi ini bagi turut bersama meraikan Hari Raya bersama barisan pemimpin negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.