Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

PM Gesa Pesara Bantu Kerajaan Perbetul Fitnah Di Media Sosial

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial.

Beliau berkata ini kerana, mereka lebih memahami dasar-dasar kerajaan kerana ada di antara mereka ada yang telah berkhidmat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara.

“Saya minta tolong uar-uarkan perkara yang baik kerana (pesara) faham dasar kerajaan…banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan,” katanya.

Beliau berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM).

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden PPKM Kebangsaan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Datuk Seri Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau memerlukan komitmen dan sokongan lebih 46,000 anggota PPKM untuk mencapai transformasi yang diimpikan kerajaan buat negara.

Beliau memberi jaminan bahawa keyakinan, komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi golongan pesara terhadap kerajaan tidak disia-siakan dengan kerajaan akan melakukan sebaik mungkin untuk kumpulan itu.

Sambil menjelaskan pentingnya sebuah negara yang aman dan stabil dengan pengurusan ekonomi berkesan, beliau berkata semua itu mampu dicapai dengan bantuan pesara dalam mencorakkan keadaan yang boleh membuat rakyat terus yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.