Kiriman pada: Sun, Jul 26th, 2015

PM Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Di Rumah MB Negeri Sembilan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAKSeremban – Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di dirumahnya di Kampung Tanjung, Rantau.

Perdana Menteri dengan diiringi oleh anak perempuanya, Nooryana Najwa, tiba pada kira-kira 2 petang dan disambut oleh Mohamad serta beberapa anggota Kabinet dalam suasana penuh meriah.

Turut hadir Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah raya, makanan tradisional dan moden seperti kerbau masak lemak cili api, kari kepala ikan, ayam goreng rempah, satay, apam balik goreng dan cendol.

Cuaca yang baik menyerikan lagi majlis yang turut disajikan dengan persembahan caklempong dan nyanyian.

Selesai menikmati juadah, Najib kemudian beramah mesra, bersalaman, selfie dan mengambil gambar bersama masyarakat sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, majlis yang bermula pukul 8.30 pagi itu dihadiri hampir 50,000 orang.

Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau sekeluarga serta rakyat negeri ini berbesar hati dengan kehadiran Najib bersama-sama dengan anak perempuannya ke majlis itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.