Kiriman pada: Mon, Feb 8th, 2016

PM Hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran MCA

Kongsi maklumat ini
Tags

PMTERBAIKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Ketibaan Datuk Seri Najib, Rosmah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, dengan berpakaian warna merah di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai juadah dan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.

Datuk Seri Najib ketika ditemui pemberita memberi ucapan ringkas Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina.
Februari 8, 2016 Ditulis oleh BeritaRTM Kategori: Berita Semasa Jumlah paparan: 0

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.