Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

PM Hari Ini Menerima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan UK

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan (Peralatan, Sokongan dan Teknologi) United Kingdom, Philip Dunne di Bangunan Parlimen.

Ketibaan Dunne diiringi Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Victoria Treadell pada 11.45 pagi disambut mesra oleh Najib.

Najib dan Dunne kemudiannya mengadakan perbincangan tertutup selama 30 minit di pejabat Perdana Menteri.

Kunjungan Dunne ke negara ini bersempena pertunjukan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA ’15) yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 21 Mac.

Selain pertunjukan aerobatik, LIMA ’15 turut menganjurkan seminar dan program hari kerjaya kepada pengunjung.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.