Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

PM, Isteri Hadir Majlis Rumah Terbuka Malaysia TBC

Kongsi maklumat ini
Tags

Bentong – Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Tahun Baharu Cina di Dataran Bentong, malam ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dan tetamu kenamaan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Cina dan pertunjukan bunga api.

Kira-kira 20,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum menghadiri majlis malam ini yang bermula sejak jam 2.30 petang tadi anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.

Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.