Kiriman pada: Sun, Aug 23rd, 2015

PM Komited Bantu Pembangunan Perlis

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKangar – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau komited meneruskan pembangunan di negeri Perlis.

Untuk tujuan itu, katanya, beliau akan memberi peruntukan pembangunan beberapa projek di negeri ini antaranya Kawasan Perindustrian Lembah Chuping bernilai RM800 juta dan Perlis Inland Port yang bernilai RM200 juta.

Najib berkata beliau juga telah meluluskan pembinaan Hospital Padang Besar, serta sebuah sekolah menengah di Kangar dan sebuah sekolah rendah di Padang Besar.

“Dan yang terbaharu UTC (Pusat Transformasi Bandar) di Kangar akan dibina dan akan siap pada tahun hadapan. Percayalah komitmen saya untuk parti dan untuk negara tidak pernah luntur,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020.

Najib berkata walaupun Perlis adalah sebuah negeri yang kecil, tumpuan terhadap negeri itu tetap ada, termasuk dari segi politik.

“Rekod menang 100 peratus Parlimen. DUN (Dewan Undangan Negeri) kalah dua (kerusi). Rekod Perlis cemerlang dari segi politik, kena kekalkan,” katanya.

Katanya UMNO Perlis perlu bersatu padu bagi mengekalkan rekod cemerlang itu.

“Saya cuba bentuk pasukan lebih hebat daripada Barcelona, Real Madrid. Pengerusinya (pengerusi badan perhubungan UMNO negeri) adalah seorang menteri. Menteri yang berani.

“Pentadbiran kita lantik, seorang PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang mahir dan boleh terajui kepimpinan Perlis dengan baik. Saya tengok Ketua UMNO bahagian Padang Besar tak ada jawatan, Datuk Zahidi (Datuk Zahidi Zainul Abidin) saya lantik jadi pengerusi Risda.

“Hangpa bertiga ni…pakatlah…. Saya dah bagi role (tugas), dah ada semua. Jangan score gol sendiri, musuhlah menang. Yang penting UMNO menang,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.