Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

PM Lancar Buku 1Malaysia Ikon

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku bergambar untuk rancangan dokumentari bertajuk “1Malaysia Ikon” di Perdana Putra.

Sebanyak 11 tokoh termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diketengahkan dalam musim kedua dokumentari itu yang akan bersiaran di RTM1 tidak lama lagi.

Tokoh lain yang dipilih ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, bekas pelari Olimpik negara Tan Sri Dr M. Jegathesan, pereka fesyen terkenal Datuk Zang Toi dan Datuk Bernard Chandran serta chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Turut tersenarai, penyanyi kumpulan Alleycats Datuk David Arumugam, kartunis Datuk Lat, penyanyi terkenal era 80-an Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh atau Datuk Shake, pengasas restoran Mango Tree London, Eddie Lim dan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna.

Dokumentari itu bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda dengan mengenali tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam pelbagai bidang termasuk politik, perniagaan, sukan, hiburan dan korporat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.