Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

PM lancar Galeri Interaktif Memorial Tun Abdul Razak

Kongsi maklumat ini
Tags

KL12_140116_PM_RAZAKKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Galeri Interaktif Memorial Tun Abdul Razak sebagai satu inisiatif baharu Arkib Negara Malaysia ke arah mendigitalkan semua galeri dan memorial di bawahnya pada masa depan. Galeri interaktif berkenaan diilhamkan bagi menjadikan bahan yang bersifat pegun atau statik dapat dilihat oleh pengunjung sebagai satu bahan yang dinamik. Ia juga bertujuan memberi impak dari segi penyampaian maksud dan pengetahuan sesuatu bahan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Perdana Menteri berkata, sejajar dengan kemajuan dan revolusi teknologi masa kini, galeri konvensional yang bersifat statik ini wajar dinaik taraf kepada galeri interaktif bagi meningkatkan tahap keberkesanan sistem penyampaiannya. Katanya, kerjasama Jabatan Arkib Negara bersama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN), Media and Game Innovation Centre of Excellence dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberi nafas baharu pada pameran di Memorial Tun Abdul Razak. “Ia satu inovasi yang baik dan akan dapat menarik minat golongan muda khususnya generasi Y supaya menghayati jasa dan pengorbanan tokoh negarawan seperti Tun Abdul Razak. “Pelancaran galeri ini juga adalah satu sejarah tersendiri bagi Memorial Tun Abdul Razak yang mana hari ini genap 40 tahun kembalinya Allahyarham ke alam baqa. “Marilah kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang soleh,” katanya ketika merasmikan galeri interaktif berkenaan di sini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.