Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

PM Lancar Perbadanan Wakaf Nasional Bhd Dan Program Wakaf Korporat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Perbadanan Wakaf Nasional Bhd (PWNB) dan Program Wakaf Korporat bagi meneruskan usaha kerajaan memperjuang dan memperbaiki tahap ekonomi Bumiputera.

Katanya PWNB, sebuah syarikat subsidiari milik penuh Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), diamanahkan untuk menjadi pelaksana kepada program Wakaf Korporat.

“PWNB akan mengenal pasti dan melaksanakan pembelian atau pembangunan projek manakala Yayasan Wakaf akan menyalurkan dana bagi membiayai projek tersebut,” katanya pada majlis pelancaran itu di Perdana Putra.

Datuk Seri Najib berkata pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Januari lepas, MEB meluluskan peruntukan RM50 juta kepada YWM sebagai dana permulaan bagi melaksanakan Program Wakaf Korporat bagi tempoh pelaksanaan selama lima tahun bermula tahun ini hingga 2019.

“Agenda pembangunan wakaf ini turut dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Yayasan Wakaf Malaysia bersama Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan institusi berasaskan Bumiputera yang lain akan bekerjasama untuk membangunkan sektor hartanah dan tanah wakaf,” katanya.

Beliau berkata melalui penglibatan pelbagai pihak dalam usaha kerajaan itu, termasuk sektor korporat dan masyarakat, program Wakaf Korporat dilihat mampu mewujudkan sebuah ekosistem hasil yang mampan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.