Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

PM Lancar Perkongsian Awam-Swasta Untuk Bangunkan Projek Dalam Persekitaran Sosial

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Satu model perkhidmatan sosial yang baharu bagi kerajaan dan sektor swasta untuk bergerak ke hadapan secara kolektif ke arah membangunkan projek-projek dalam persekitasran sosial – Perkongsian Awam-Swasta Sosial (Sosial PPP) – dilancarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Sosial PPP berkata ia merupakan satu pendekatan baharu yang tidak pernah dilakukan di Malaysia sebelum ini.

“Di bawah model ini, campur tangan oleh organisasi yang memperjuangkan kesejahteraan sosial itu (SPO) akan diukur dari segi impak sosial dan hasil dinilai untuk mengharunginya pada masa depan,” katanya.

Sebagai permulaan, beliau berkata, kerajaan dan sektor swasta telah mewujudkan dana kecil namun dana RM1 juta yang dikumpulkan secara simbolik itu adalah bagi memudahkan pelbagai projek untuk pembangunan pendidikan dan keupayaan untuk belia.

Datuk Seri Najib berkata Sosial PPP boleh digambarkan sebagai model perkhidmatan sosial yang memanfaatkan kekuatan kerajaan, sektor swasta, dan organisasi yang memperjuangkan kesejahteraan sosial untuk menangani jurang sosial.

Di bawah model ini, beliau berkata, kerajaan dan sektor swasta akan menyelaras sumber-sumber mereka dari segi dana dan lain-lain sumbangan dalam bentuk barangan dan memanfaatkan kreativiti, semangat, kemahiran dan pengalaman SPO, dalam menangani isu sosial.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.