Kiriman pada: Sun, Aug 23rd, 2015

PM Lawat Projek Agri-solar Cypark Kuala Perlis

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Perlis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat dan merasmikan pesta menuai hasil projek Agri-Solar Cypark Resources Berhad (Cypark).

Beliau juga melancarkan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Cypark iaitu Konsep Kebajikan Komuniti Solar (CWSP) bagi membantu golongan berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dan institusi kebajikan.

Di bawah program itu, Cypark menyumbangkan 10 peratus hasil jualan tenaga elektrik bulanan daripada program Tarif Galakan (FiT) Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) untuk tempoh 21 tahun kepada kumpulan sasar tersebut.

Najib turut menyampaikan cek hasil perkongsian program CWSP kepada empat badan kebajikan dan kumpulan B40.

Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri bersama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di tapak projek disambut Pengerusi Eksekutif Cypark Tan Sri Razali Ismail.

Pesta penuaian itu bermula dengan Najib memetik rock melon yang ditanam menggunakan sistem Pertanian Moden Berintegrasi Tenaga Solar (AIPV).

Beliau kemudian melancarkan empat produk makanan yang dihasilkan daripada tanaman yang diusahakan Cypark mengikut sistem AIPV.

Sebelum itu, Najib merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Kangar, Arau dan Padang Besar secara serentak di Dewan 2020.

Perdana Menteri kemudian ke Alor Setar untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Alor Setar pada sebelah petang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.