Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

PM Mahu Barisan Kabinet, Anggota Pentadbiran Negara Bantu Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kabinet dan anggota pentadbiran negara terus melangkah ke hadapan bagi menumpukan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, ekonomi dan aspek sosial serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau berkata selepas rombakan kabinet, banyak tugasan dan penelitian perlu dilakukan antaranya memberi keutamaan tinggi kepada rakyat terutama bagi mengurangkan beban sara hidup dalam semua aspek.

“Apa dia kehendak rakyat.. kita harus selalu tanya pada diri kita.

“People are concerned about putting food on the table… yang dalam erti kata lain soal sara hidup, rumah mampu milik, peluang pekerjaan, perkhidmatan kerajaan dan segala-galanya,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib berkata perkara itu digariskan dalam dasar transformasi nasional dan ia diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, terutamanya kumpulan isi rumah B40, iaitu berpendapatan bulanan purata RM2,537 digandakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita jangan hilang arah, jangan hilang fokus,” katanya.

Dalam aspek politik pula, Datuk Seri Najib berkata transformasi politik boleh meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Apa yang disebut sesetengah pihak sebagai defisit keyakinan, ini tugasan kita untuk pulihkan semula dan tingkatkan keyakinan rakyat,” katanya.

Dalam aspek sosial, beliau berkata kerajaan perlu menangani media sosial dimana paradigma media sosial adalah berbeza.

“Ini adalah satu cabaran persepsi versus realiti. Persepsi politik sentiasa lebih kuat berbanding realiti.

“Saya yakin dan percaya kabinet sebagai satu pasukan dan dibantu anggota pentadbiran yang lain dan pegawai kerajaan tertinggi di semua peringkat dalam satu ikatan yang kukuh, maka, tiada cabaran yang tidak boleh kita atasi dengan jayanya,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.