Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

PM Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Abang TPM

Kongsi maklumat ini
Tags

twittnajib3Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Rahman Yassin, yang meninggal dunia semalam.

Allahyarham ialah abang kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dikurniakan syurga (Al-Jannah). Al-Fatihah,”kata Najib dalam catatan di laman Facebook dan Twitter.

Abdul Rahman, 76, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada kira-kira 7.45 malam semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.