Kiriman pada: Sun, Jul 26th, 2015

PM Minta PDRM Teruskan Usaha Memerangi Jenayah Dadah

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-razakKuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan usaha membanteras jenayah dan memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata sejak penubuhan Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) oleh PDRM, pasukan itu berjaya mencari dan merampas dadah, membuat penutupan makmal dan menahan anggota sindiket dadah.

“Teruskan perang ke atas jenayah dadah ini!,” katanya dalam laman Facebook dan Twitternya.

STING telah menjalankan sebanyak 15 operasi terhadap sindiket pengedaran dadah dengan jumlah rampasan bernilai RM72.63 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.