Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

PM Minta Pengguna Jalan Raya Berhati-Hati

Kongsi maklumat ini
Tags

Lebuhraya PLUSKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau juga mengesa mereka mengutamakan keselamatan diri dan pengguna lain semasa berada di atas jalan raya.

“Saya sedih membaca berita bahawa 20,257 kes kemalangan telah direkodkan, meragut 155 nyawa sejak Op Selamat dilancarkan.

“Mereka yang tersayang menunggu di destinasi dan mengharapkan anda semua tiba dengan selamat,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata sejumlah 20,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Op Selamat dilancarkan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.