Kiriman pada: Fri, Feb 3rd, 2017

PM Rasmi Hub Nelayan LKIM Sungai Sembilang

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Selangor – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Hub Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Sembilang sempena program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor, di sini.

Hab nelayan yang berfungsi sebagai pusat kegiatan perikanan untuk nelayan setempat itu merupakan penjenamaan semula pangkalan nelayan Sungai Sembilang yang beroperasi sejak dua tahun lepas.

Pada program sama Najib turut menyampaikan replika cek elaun sara hidup nelayan berjumlah RM3.28 juta bagi dimanfaatkan oleh 951 warga nelayan daerah Kuala Selangor.

Bantuan yang akan diagihkan secara elaun bulanan itu diterima Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Sungai Sembilang Kamaruddin Saraf.

Terdahulu, Najib sempat meluangkan masa bersarapan dengan warga nelayan di daerah itu di jeti LKIM Sungai Sembilang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.