Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

PM rasmi pusat transit gelandangan KL

Kongsi maklumat ini
Tags

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPURKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang di sini.

Pusat itu adalah hasil inisiatif tanggungjawab sosial Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Pembinaan pusat itu susulan tinjauan Najib terhadap keadaan gelandangan di ibu kota pada Julai 2014.

Pusat itu dibina oleh MRCB di atas tapak seluas 1,319 meter milik DBKL dengan kos RM3 juta.

Pada majlis itu, Sharp Malaysia menyumbang barangan elektrik bernilai RM45,000 untuk kegunaan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Takaya Wakasumi.

Sebelum ini, kerajaan mewujudkan Pusat Khidmat Sementara Gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail di sini, yang hanya menyediakan kemudahan tandas dan bilik air, bilik solat serta tempat untuk pengedaran makanan percuma kepada golongan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.