Kiriman pada: Sun, Jan 24th, 2016

PM sambut penerbangan sulung Guangzhou

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK / MUKHRIZ MAHATHIR / TIBA DI LANGKAWILANGKAWI: Datuk Seri Najib Razak, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di Padang Matsirat, di sini, untuk menghadiri majlis anjuran syarikat penerbangan AirAsia, pagi ini. Perdana Menteri dijadual menyambut ketibaan penumpang melalui penerbangan sulung laluan Guangzhou-Langkawi. Selain wakil Lembaga Pelancongan Guangdong, penerbangan dengan 92 peratus muatan penuh itu turut membawa sekumpulan wakil media Guangdong. Yang turut hadir mengalu-alukan ketibaan pesawat itu ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.