Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

PM Serah RM25 Juta Bantu 553 Sekolah Agama Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan sumbangan kewangan bernilai RM25 juta kepada 553 Sekolah Agama Rakyat (SAR) seluruh negara.

Antara lain, peruntukan itu bertujuan membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan tadbir urus sekolah berkenaan sekali gus memberi manfaat kepada lebih 90,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sekolah berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan pada majlis berbuka puasa warga pendidik bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di Bandar Baru Bangi.

Hadir sama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan serta isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Datuk Seri Najib dalam ucapannya memuji Tan Sri Muhyiddin yang meneruskan beberapa inisiatif yang pernah diperkenalkannya semasa menjadi menteri pendidikan, antaranya menjaga kebajikan para guru.

“Apa yang saya rasa bangga ialah terdapat kesinambungan perjuangan dalam usaha memajukan bidang pendidikan negara antara saya dan Tan Sri Muhyiddin.

“Sebahagian inisiatif yang saya mulakan telah disambung oleh Tan Sri Muhyiddin malah berjaya mengangkat bidang ini ke tahap lebih tinggi lagi membanggakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata kebajikan guru adalah perkara yang amat diberi perhatian oleh beliau dan ia telah ditambah baik oleh Muhyiddin dengan menaikkan gred permulaan guru lulusan maktab perguruan daripada 32 kepada 41 bagi lepasan institut perguruan.

Datuk Seri Najib berkata penambahbaikan dari segi syarat kemasukan, kenaikan pangkat dan kenaikan berasaskan tempoh perkhidmatan telah menyebabkan Kementerian Pendidikan menerima sehingga 60,000 permohonan untuk menjadi guru setiap tahun.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.