Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

PM Serah Surat Tawaran Haji Kepada 1,200 Pemimpin Masyarakat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji 1436H/2015 kepada 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Majlis penyerahan surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd(1MDB) berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Datuk Seri Najib dalam ucapannya berkata inisiatif untuk melaksanakan program itu tercetus susulan tinjauannya mendapati masih ramai di kalangan kumpulan berkenaan tidak berpeluang mengerjakan haji, antaranya disebabkan kekangan kewangan.

Bersimpati dengan keadaan itu, beliau yang amat menghargai sumbangan kumpulan yang begitu berperanan di peringkat akar umbi itu memutuskan supaya diwujudkan satu program khas bagi menaja golongan sasar untuk menunaikan haji.

“Saya rasa hiba bila dapat tahu ada imam, ketua kampung dan JKKK yang amat berjasa ini tidak dapat menunaikan haji. Alhamdulillah setelah masuk kali kelima dijalankan kita telah berjaya menghantar seramai 3,400 jemaah termasuk penerima hari ini…inilah hasrat yang ingin saya lihat dan tunaikan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.