Kiriman pada: Thu, Nov 12th, 2015

PM setuju diambil keterangan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM

Kongsi maklumat ini
Tags

ABU KASSIM MOHAMED / PERBARISAN TAMAT LATIHAN SPRM / JOHORJOHOR BAHRU: Datuk Seri Najib Razak bersetuju diambil keterangan bagi membantu siasatan kes SRC International dan kehilangan dana RM2.6 bilion, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Bagaimanapun beliau berkata, SPRM masih menunggu tarikh dan masa sesuai bagi mengadakan temubual dan mengambil keterangan daripada Perdana Menteri. “SPRM mengharapkan perkara ini (mengambil keterangan daripada Perdana Menteri) dapat dibuat pada sebelum akhir tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Dataran Kawad Kompleks SPRM Johor di sini, hari ini. Abu Kassim mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, semalam yang meminta SPRM merakamkan kenyataan Perdana Menteri berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya. Mohamed Apandi dalam temubual bersama sebuah laman portal berita itu juga mengatakan sudah mengarah SPRM melengkapkan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International dan derma RM2.6 bilion sebelum akhir tahun ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.