Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

PM Setuju Tubuh Jawatankuasa Kaji Hak Sabah

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang dipungut Kerajaan Persekutuann daripada negeri itu, kata Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan mengkaji secara terperinci beberapa isu lain, terutama hak kewangan daripada royalti minyak dan gas, yang kali terakhir dibayar kepada negeri itu pada 1974.

Anifah, yang juga Menteri Luar, bagaimanapun tidak menyatakan siapakah yang akan menganggotai jawatankuasa itu dan bilakah ia akan ditubuhkan.

“Jawatankuasa ini amat diperlukan kerana ‘orang luar’ sedang cuba meracuni fikiran generasi muda dan mendakwa apabila Malaya mengambil alih, ia juga mengambil alih harta negeri itu.

“Perkara ini semakin meningkat momentumnya dan kami rasa kami (rakyat Sabah) perlu menanganinya dengan mengetepikan kedudukan politik kami. Di samping itu, kami memang layak mendapat hak itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Najib di Perdana Putra.

Perjumpaan itu turut dihadiri Pengerusi Parti Pembaharuan Negeri (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, bekas ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah, setiausaha agung Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar), Zainnal Ajamain dan peguam perlembagaan, Edmund Bon.

Anifah berkata: “Hak 40 peratus bagi Sabah itu merupakan suatu tuntutan sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah hak kami dan kami berhak mendapatnya.”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.