Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

PM Tekankan Soal Perpaduan Dalam Perutusan Maulidur Rasul

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIBmaulidurKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prinsip perpaduan perlu terus dijadikan teras kekuatan dan ketinggian martabat masyarakat Islam.

Beliau berkata kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu menjadi paksi kepada kewujudan sesuatu ummah.

Perasaan keumatan inilah asas sejati perpaduan, silaturahim dan ukhuwah Islamiah manakala perpaduan pula adalah teras kekuatan dan kemuliaan umat ini, katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H esok, yang dimuatkan di laman blog najibrazak.com.

“Justeru, amatlah penting kita hayati perpaduan ini dan terjemahkannya dalam bentuk kesatuan kasih sayang dan tindakan praktikal, bermula dengan unit asas seperti keluarga, kejiranan malah ke peringkat negara dan antarabangsa,” kata Datuk Seri Najib.

Perdana Menteri berkata membina perpaduan merupakan antara Sunnah terpenting yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.