Kiriman pada: Sun, Feb 19th, 2017

PM Teliti Masalah Pencemaran Sungai

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Perdana Menteri akan meneliti kesan pencemaran yang tidak terkawal sehingga memberi kesan kepada sungai dan pembangunan di negara ini.

Menerusi catatan di Facebooknya sebentar tadi, Datuk Seri Najib Razak, bimbang situasi itu boleh mengurangkan daya tarik di kawasan sekitar berikutan terdapat laporan bahawa sepanjang tebing sungai berkenaan tidak sesuai untuk berjalan.

Beliau memberi contoh Masjid Jamek di Kuala Lumpur yang tersergam indah di tengah hiruk-pikuk kesibukan kota memiliki kaitan unik dengan sungai.

“Ia bukan setakat masjid tertua di negara. Masjid ini juga menyimpan keunikan titik pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

“Kalau dibandingkan dengan negara maju lain seperti di New York, Paris dan Korea Selatan, kawasan sepanjang perairan dan sungai begitu meriah dengan aktiviti ekonomi di samping riadah oleh pelancong serta keluarga.

“Pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan dan banyak lagi usaha perlu dipertingkatkan untuk memulihkan semula sungai kebanggaan kita ini. “Insya-Allah saya akan meneliti perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.