Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

PM Temui Pakar Ekonomi Untuk Dengar Pandangan Mereka Mengenai Kedudukan Ekonomi Semasa

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu beberapa pakar ekonomi dari institusi kewangan tempatan dan luar negara bagi mendengar pandangan mereka mengenai kedudukan ekonomi semasa.

“Saya menghargai pandangan spontan mereka mengenai pelbagai aspek dalam ekonomi modal dan ekonomi rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya.

Datuk Seri Najib berkata pandangan mereka sangat berguna untuk kerajaan mengurus ekonomi negara secara proaktif.

“Saya mahu menemui lebih ramai pakar bidang tertentu serta wakil pemimpin korporat dalam pelbagai bidang ekonomi pada minggu-minggu akan datang,” katanya.

Pada Isnin, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Datuk Seri Najib akan bertemu para pemimpin korporat untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kedudukan ekonomi semasa.

Ia berkata maklum balas itu akan membantu kerajaan melaksanakan langkah-langkah untuk meletakkan Malaysia pada trajektori merealisasikan negara maju, harmoni dan makmur.

Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, dibuktikan menerusi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini, kata PMO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.