Kiriman pada: Sat, Aug 22nd, 2015

PM Terharu Sambutan Luar Biasa Umno Bahagian Kuala Nerus

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAKKuala Nerus – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui majlis persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus sebagai sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain.

Perdana Menteri berkata beliau menganggap sambutan yang diberikan itu sebagai satu “pakej” lengkap dan sangat istimewa baginya dan jarang dibuat pada persidangan perwakilan UMNO bahagian di tempat lain.

“Mengapa luar biasa, antaranya jarang-jarang perasmian dalam stadium, biasa dalam dewan sekolah majlis bandaran, tapi teristimewa Umno Kuala Nerus dalam dewan tertutup yang sangat selesa,” katanya ketika memulakan ucapan pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu yang dihadiri 5,000 anggota Umno termasuk dari sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kuala Nerus.

Menurutnya sambutan itu menggambarkan semangat gelombang biru yang bermula di Terengganu masih lagi kuat walau apapun cabaran yang dihadapi Umno hari ini.

Sebelum itu, Najib dan Razif serta barisan exco kerajaan negeri diarak menaiki beca lebih setengah kilometer sebelum tiba di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

Dalam ucapannya, Najib mengingatkan anggota Umno agar kekal berjuang dalam Umno walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang melanda.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.