Kiriman pada: Wed, Nov 18th, 2015

PM Terima ‘Hadiah Nostalgia’ Daripada John Key

Kongsi maklumat ini
Tags

najibKITAMANILA – Perdana Menteri New Zealand, John Key menyampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadiah nostalgia selepas mesyuarat dua hala mereka yang diadakan di sisi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, pagi ini.

Ia adalah buku mengandungi keratan akhbar dan gambar ketika lawatan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ke New Zealand pada 1967 and 1975. Dalam buku berkenaan, Key menulis: “Najib, I thought you might like this record of your father’s trips to New Zealand. Kind Wishes, John Key PM.”

Najib juga pagi ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang serta menghadiri mesyuarat TPP.

Perdana Menteri kemudian akan menyertai pemimpin APEC lain pada mesyuarat dan dialog dengan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).gkkl

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.