Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

PM Terima Kunjungan Hormat John Kerry

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry di pejabat beliau di sini hari ini.

Kerry diiringi Duta Amerika di Malaysia Joseph Yun dan Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika bagi Asia Daniel Krittenbrink.

Dalam pertemuan 45 minit itu, Najib dan Kerry membincangkan isu termasuk perdagangan dan pelaburan, ancaman militan IS dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang dijadual berlangsung November ini.

Kerry sedang melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia untuk menghadiri Forum Serantau ASEAN, selain menghadiri beberapa siri mesyuarat termasuk Forum Serantau ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-Amerika dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur.

Kerry akan berlepas ke Vietnam esok.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.