Kiriman pada: Sat, Aug 22nd, 2015

PM Tiba Di Kuala Terengganu Dalam Program Sehari Di Dua Buah Negeri Pantai Timur

Kongsi maklumat ini
Tags

knerusKuala Nerus – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan sehari ke Pantai Timur bermula Terengganu dengan merasmikan program Jamuan Rakyat dan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Ketibaan Najib dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini disambut Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, exco kerajaan negeri serta pemimpin setempat.

Sejurus tiba, Najib yang diiringi Ahmad Razif terus dibawa ke perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak dengan menaiki beca bagi merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Kuala Nerus.

Perdana Menteri juga dijangka merasmikan majlis Jamuan Rakyat di perkarangan stadium tertutup di sini yang bakal dihadiri 16,000 penduduk tempatan.

Pada sebelah tengah hari, Perdana Menteri akan ke Kelantan untuk majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Lubuk Jong di Rantau Panjang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.