Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

PM Tolak Cubaan Buruk-Burukkan Dan Sindiran Tidak Berasas

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-razakPerdana Menteri menolak percubaan memburuk-burukkan dan sindiran yang tidak berasas dalam sebuah artikel “Skandal rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak”, yang diterbitkan dalam akhbar The Age dan Sydney Morning Herald, yang dimiliki oleh kumpulan Fairfax Media Australia, pada 14 Julai.

Ini adalah satu percubaan terdesak untuk mengaitkan tugas yang pernah dilaksanakannya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang melibatkan banyak misi perdagangan bagi mempromosikan Malaysia di luar negara, dan bertemu beribu-ribu orang dengan orang tengah yang didakwa salah laku mungkin secara kebetulan berada di bilik yang sama dengan beliau pada suatu masa atau yang lain.

Artikel itu tidak langsung mengandungi dakwaan mengenai Perdana Menteri dan untuk sebab yang baik. Tiada dakwaan yang boleh dibuat dan tidak ada satu pun bukti menunjukkan Perdana Menteri dalam apa cara sekalipun terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah dengan individu terbabit telah disabitkan dan dihukum.

Fairfax Media tahu akan perkara ini, tetapi artikel mereka sentiasa cuba untuk mengelirukan dan membayangkan bukan sahaja Perdana Menteri terlibat, malah beliau juga mungkin telah mendapat manfaat daripada salah laku yang didakwa itu.

Daripada menunjukkan bukti yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes itu, artikel itu bergantung sepenuhnya ke atas kata-kata yang boleh dipertikaikan “disyaki”, “mendakwa”, “mencadangkan” untuk mempengaruhi pemikiran pembaca bahawa Perdana Menteri bersalah.

Perbuatan memfitnah, dan taktik keji serta kotor yang diguna dalam percubaan mencemarkan nama baik Perdana Menteri ini nampak lebih ketara apabila rekod mahkamah Australia dipetik dalam artikel itu mengatakan “tiada seorang pun daripada orang yang dinamakan [termasuk Najib dan Badawi] ialah individu yang didakwa bersekongkol dengan pesalah dalam jenayah rasuah”.

Artikel itu juga menyatakan: “Tiada ahli politik luar negara telah didakwa atau secara rasmi dituduh bersubahat menerima rasuah, dengan kes pendakwaan terhad kepada dakwaan terhadap pegawai-pegawai bank pusat di luar negara, bukannya mana-mana menteri, telah disogok antara 1999 dan 2004.”

Jadi apa kaitan Perdana Menteri dengan kes ni? Ia merupakan kes yang telah berlanjutan untuk tempoh masa yang panjang, dan waktu rasuah yang didakwa itu berlaku dalam tempoh 1999-2004, semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir Mohamad.

Namun Fairfax Media memilih untuk tidak menyebut langsung nama Tun Mahathir dalam artikelnya.

Tuduhan ini dilakukan walaupun ia tahu rasuah yang didakwa itu bukan dalam tempoh pentadbiran Najib, tetapi semasa zaman Tun Mahathir; walaupun Tun Mahathir yang dinamakan dalam perintah sekatan berkaitan kes yang diperolehi oleh kerajaan Australia. Sebaliknya, seluruh artikel termasuk tajuk utama dan fotonya memberi tumpuan dan memburuk-burukkan Perdana Menteri. Ia tidak mungkin satu kebetulan bahawa Fairfax Media mendakwa mempunyai maklumat yang berasingan daripada “sumber di peringkat tinggi”.

Ia juga harus diingatkan bahawa perintah yang menghalang pelepasan maklumat mengenai penyiasatan ini telah dilanggar oleh Wikileaks. Hakim Australia dipetik sebagai berkata bahawa ini adalah “perlanggaran undang-undang yang jelas dan sengaja”, dan kenyataan media Wikileaks “penuh sensasi, tuduhan yang tidak tepat”.

Gambaran sama boleh digunakan untuk artikel Fairfax Media, yang sengaja mengelirukan, berniat jahat dan berunsur fitnah. Perdana Menteri telah mengarahkan peguamnya mengambil semua tindakan yang mungkin terhadap The Age dan Sydney Morning Herald.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.