Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

PM, TPM lawat Sarawak

Kongsi maklumat ini
Tags

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNOKUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di Dataran Sibu, malam ini dalam lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, mulai hari ini.

Jadual lawatan kerja beliau diteruskan pada jam 10 pagi esok dengan menghadiri Majlis Sejiwa Senada di Saratok yang terletak kira-kira 115 kilometer dari Sibu seterusnya menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Besar Saratok sebelum bergerak ke Rumah Panjang Jawang di Julau, untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri pada jam 2 petang.

Selesai majlis di Julau, beliau akan menaiki helikopter terus ke Kuching untuk mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Sarawak dengan melawat Kampung Rantau Panjang di Batu Kawa pada jam 3.50 petang.

Kampung berkenaan antara yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Lawas, bahagian pentadbiran negeri di kawasan paling utara Sarawak, esok.

Jadual lawatan beliau akan dimulakan dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas pada jam 9 pagi, seterusnya menghadiri Majlis Hari Anti Dadah peringkat kebangsaan di Stadium Tertutup Lawas, pada jam 9.30 pagi.

Pada jam 2 petang, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Sekolah Kebangsaan Sundar sebelum mengakhiri lawatan dengan mengunjungi projek perumahan rakyat miskin, Rimbunan Kasih di Lawas pada jam 3 petang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.