Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

PM, TPM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Di Thailand

Kongsi maklumat ini
Tags

dgbKuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau sedih mendengar berita kemalangan itu yang mengorbankan 13 rakyat Malaysia.

“Saya sedih mendengar berita kemalangan di Chiang Mai di mana 13 rakyat kita terkorban. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan akan memastikan segala usaha dibuat bagi membawa pulang jenazah serta bantuan diberikan kepada keluarga mangsa,” katanya dalam akaun Facebook dan Twitter beliau malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam akaun Twitternya malam ini turut menzahirkan takziah dan berharap Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin, melakukan yang terbaik bagi menguruskan perkara itu.

“Takziah kepada keluarga 13 rakyat Malaysia yang terkorban akibat kemalangan di Thailand. Diharap Duta kita lakukan terbaik untuk urus semua jenazah,” katanya.

Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam kemalangan bas di Chiang Mai, semalam.

Dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada dalam bas berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.