Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Dan Rakan Penumpang Pesawat Germanwings

Kongsi maklumat ini
Tags

pmtwittKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada penumpang dan anak kapal penerbangan Germanwings Airbus yang terhempas di Perancis, Selasa.

“Ingatan dan doa saya bersama anggota keluarga dan rakan-rakan yang menaiki Penerbangan 4U 9525 Germanwings,” katanya melalui catatan terbaru dalam Twitter pada Rabu.

Jet penumpang terbabit terhempas berhampiran kawasan gunung di French Alps, meragut nyawa kesemua 150 penumpang pesawat itu termasuk 16 kanak-kanak sekolah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.