Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

PM Umum Struktur, Fungsi JKE Untuk Kukuhkan Asas Ekonomi Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

1431102508992Putrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan struktur dan fungsi penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang akan menimbang perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata JKE yang akan melapor terus kepada beliau, akan mempertimbangkan penelitian terhadap isu-isu semasa seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

Beliau berkata penubuhan JKE mengambil kira keadaan semasa dalam menangani dan mengurangkan sebarang impak global ke atas ekonomi sebenar negara.

“Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan tindakan untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhan,” katanya pada sidang media berhubung penubuhan JKE itu.

Katanya JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dan dianggotai tokoh ekonomi dan korporat bagi melengkapkan lagi kapasiti dan keupayaan sedia ada.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.