Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

PNB, RAHIM & CO JALIN PERKONGSIAN STRATEGIK

Kongsi maklumat ini
Tags

bfdklKuala Lumpur – Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Rahim & Co International Sdn Bhd (Rahim & Co) menjalin perkongsian strategik selepas selesainya permerolehan 49 peratus pegangan oleh PNB dalam Rahim & Co.

Menurut kedua-dua pihak , perkongsian strategik berkenaan akan terus meningkatkan aktiviti pengurusan hartanah PNB, berikutan keupayaan penyelidikan Rahim & Co yang kukuh.

Langkah ini juga akan membantu mengukuhkan pendedahan semasa PNB dalam keseluruhan rangkaian nilai hartanah yang terdiri daripada pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan perniagaan hospitaliti.

“Bersama-sama strategi yang tepat, PNB dan Rahim & Co yakin perkongsian strategik ini akan menjadi pemangkin bagi Rahim & Co berkembang menerajui peringkat serantau dalam industri perkhidmatan hartanah, menyampaikan nilai kepada semua mereka yang berkepentingan.

“Tambahan pula, kerjasama dengan Rahim & Co juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PNB dalam menyokong pembangunan entiti diterajui Bumiputera dengan potensi pertumbuhan,” katanya.

Rahim & Co merupakan antara firma perundingan hartanah utama di negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.