Kiriman pada: Mon, Jan 9th, 2017

Polis Belanda Rampas Serpihan Barangan MH17 Dari Wartawan

Kongsi maklumat ini
Tags

Gambar fail, serpihan rangka MH17.. – Foto REUTERS

The Hague – Polis Belanda mengambil beberapa barangan termasuk kemungkinan bahagian badan manusia yang dijumpai seorang wartawan di lokasi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di timur Ukraine, kata pegawai pendakwa, hari ini.

Wartawan bebas, Michel Spekkers ditemui polis sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Schiphol pada lewat Sabtu selepas melawat rantau itu dan menulis artikel berhubung penemuan di lokasi itu.

Pesawat penumpang Penerbangan Malaysia Boeing 777 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur mengorbankan semua 298 penumpang yang kebanyakannya warga Belanda.

Satu siasatan jenayah diketuai Belanda membuat kesimpulan pada September bahawa peluru berpandu BUK, dibawa dari Russia menembusi pesawat selepas dilancarkan dari kawasan lapang di Ukraine negara yang sedang bergolak yang kemudian dikawal oleh pemberontak pro-Russia.

Tetapi ia terhenti tanpa diketahui siapa sebenar yang melakukan serangan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.