Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Polis buru Papa Gomo

Kongsi maklumat ini
Tags

papagomo28Kuala Lumpur: Polis akan memburu beberapa individu dan blogger termasuk Papa Gomo berkaitan hasutan dan penyebaran fakta palsu insiden di Plaza Low Yat berikutan individu terbabit belum menyerah diri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga akan mengesan beberapa individu lain yang terbabit dalam rusuhan.
“Semalam saya arahkan individu terbabit menyerah diri namun sehingga kini mereka belum menyerah diri dan kita akan mengesan dan menangkap individu terbabit.
“Sehingga kini masih ada lagi individu yang menyebarkan fakta dan gambar palsu yang tiada kaitan dengan insiden terbabit. Kita akan kesan juga mereka ini walaupun mengambil masa,” katanya.
Khalid berkata, siasatan berhubung insiden itu juga sedang diteruskan terutama bagi mengenalpasti individu yang terbabit dalam rusuhan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.