Kiriman pada: Wed, Nov 11th, 2015

Polis jalani latihan, tingkat kemahiran di UK

Kongsi maklumat ini
Tags

GBR06_101115_TPM_POLISLONDON: Malaysia akan menghantar anggota polis menjalani latihan dalam bidang baharu atau bidang yang perlu dipertingkatkan kemahiran di United Kingdom (UK) dalam usaha memperkemaskan aspek penjagaan keselamatan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata latihan itu yang dijangka dijalankan dalam masa terdekat memberi tumpuan pada bidang teknikal dalam pengendalian aset dari segi pemantauan dan maklumat, seperti yang digunakan oleh kumpulan pengganas dan pelampau Islam atau lebih dikenali sebagai Daesh. Keputusan itu dicapai hasil pertemuan Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri dengan rakan sejawatannya di UK, Theresa May, di sini, sebentar tadi. “Kami bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih erat dan memperkukuhkan perjanjian Malaysia-UK dalam aspek keselamatan,” katanya. Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke UK berkata, anggota polis negara akan mengikuti latihan berkaitan mengikut jadual yang akan ditetapkan UK.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.