Kiriman pada: Thu, Nov 26th, 2015

Polis Kelantan tahan empat lelaki, rampas dua pistol

Kongsi maklumat ini
Tags

MAZLAN / RAMPAS DUA PISTOL / IPK KELANTANKOTA BHARU: Polis Kelantan menahan empat lelaki dan merampas dua pucuk pistol dalam dua serbuan berasingan di Gua Musang dan Pasir Puteh, Jumaat lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dalam serbuan pertama pada 3.30 petang, tiga lelaki masing-masing berusia 22, 26 dan 29 tahun ditahan berikutan penemuan sepucuk pistol dalam sebuah kereta di Felda Ciku 6, Gua Musang. Katanya, pistol tertera tulisan Colt Super .38 Auto berserta satu kelopak peluru itu dijumpai di bawah tempat duduk pemandu sebuah kereta milik suspek. “Polis turut menemui dua butir peluru di bahagian poket pintu sebelah pemandu kereta itu selain satu sarung pistol dalam bonet kereta berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini. Mazlan berkata, ketiga-tiga suspek itu direman empat hari bermula 21 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. “Kita percaya ketiga-tiga suspek mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran dadah di kawasan Pasir Mas dan Gua Musang dan memperoleh senjata dari negara jiran,” katanya. Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan dalam serbuan kedua di Kampung Kulim, Pasir Puteh. “Ketika serbuan pada 4 petang, suspek sedang tidur. Suspek bertindak agresif selepas menyedari kehadiran kami dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap,” katanya. Katanya, hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol jenis Beretta berserta satu kelopak berisi 16 butir peluru yang disembunyikan di bawah bantal. Mazlan berkata suspek positif dadah dan mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk kes ugutan terhadap bekas isterinya. Suspek ditahan reman seminggu bermula 21 November lalu untuk siasatan lanjut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.