Kiriman pada: Thu, Aug 27th, 2015

Polis KL Tidak Pernah Beri Kebenaran Kepada Penganjur Bersih 4.0

Kongsi maklumat ini
Tags

gmdgKuala Lumpur – Polis Kuala Lumpur sekali lagi menegaskan tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur Bersih 4.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya pada 29 dan 30 Ogos ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa mengingatkan penganjur perhimpunan itu supaya tidak memutar belitkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Peringatan daripada polis Kuala Lumpur itu susulan daripada kenyataan yang dikatakan oleh pengerusi perhimpunan itu, Maria Chin Abdullah dalam sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.

“Polis Kuala Lumpur juga menegaskan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan menyalahi undang-undang kerana pihak penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti mana yang disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736),” katanya dalam kenyataan.

Tajudin berkata pada perjumpaan diadakan antara Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan penganjur perhimpunan itu, polis menasihatkan mereka tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya kerana pada 26 hingga 30 Ogos ini berlangsungnya persiapan majlis sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Katanya polis Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam di bandar raya ini terjamin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.