Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

POLIS KUCHING PANTAU PREMIS HIBURAN BEROPERASI MELEBIHI MASA

Kongsi maklumat ini
Tags

gnfjKuching – Polis Kuching meningkatkan pemantauan di premis hiburan di sekitar bandaraya ini dalam usaha membanteras kejadian pergaduhan dan aktiviti tidak bermoral.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata pemantauan juga bagi memastikan premis hiburan tidak beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Beliau berkata tindakan mengikut undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan akan diambil terhadap pemilik premis hiburan yang didapati beroperasi melebihi masa.

Sementara itu, Roslan berkata kes seorang lelaki menumbuk seorang jurujual di sebuah kedai telefon bimbit di sini sudah berjaya diselesaikan berikutan tertangkapnya suspek semalam.

Menurutnya, polis akan memohon bagi perintah untuk mereman suspek di mahkamah hari ini.

Katanya suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika disabit kesalahan mencederakan orang lain.

Kes berkenaan mendapat perhatian umum setelah menjadi viral di dalam media sosial.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.