Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Polis Masih Siasat Kes Tembak Ahli MBI

Kongsi maklumat ini
Tags

jsfIPOH – Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan dalang suspek melepaskan tembakan ke arah Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam kejadian cubaan bunuh di Taman Ipoh Boulevard Timur, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ia merupakan serangan kedua terhadap ahli majlis yang berusia 56 tahun itu sejak April 2014.

“Kita dalam proses mengumpul maklumat bagi menyiasat motif sebenar kejadian itu sama ada berkaitan dengan kejadian pertama atau sebaliknya.

“Siasatan masih dijalankan untuk kesan suspek dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya pada media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa nyaris maut apabila kenderaannya ditembak setibanya dia di hadapan rumahnya namun tembakan itu terkena bahagian pintu belakang sebelah kiri.

April 2014 lalu, mangsa cedera di bahu kirinya selepas ditikam oleh salah seorang daripada dua lelaki selepas selesai urusan kerja di sebuah hotel sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.