Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Polis Perak Tahan 3 Lelaki, Rampas 4.63kg Dadah

Kongsi maklumat ini
Tags

gjsfkIpoh – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Kuala Kangsar dan Sungai Siput berikutan kejayaan menahan tiga lelaki dipercayai pengedar dadah serta merampas 4.63 kilogram (kg) dadah bernilai RM46,500.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Superintendan V R Ravi Chandan, berkata ketiga-tiga suspek ditahan ketika menaiki kereta Proton Saga di Kampung Sungai Dal, Padang Rengas, kira-kira jam 2 petang semalam.

Katanya, pemeriksaan dijalankan menemui lima ketulan mampat dadah dipercayai ganja di dalam sebuah beg yang disimpan di dalam kereta berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 21 hingga 24 tahun yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui sumber dadah berkenaan diperoleh.

“Ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis ganja,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Ravi berkata, suspek direman sehingga 1 September ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.