Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Polis Rampas Dadah RM1.5j Dalam Tiga Serbuan

Kongsi maklumat ini
Tags

dgjsrGeorgetown – Polis Pulau Pinang dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) merampas dadah bernilai RM1.5 juta dalam tiga serbuan berasingan, pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata tiga serbuan berkenaan dapat membongkar makmal pemprosesan dadah di Sungai Ara, Bayan Lepas dan di Butterworth.

Beliau berkata, selain merampas dadah, polis turut menyita empat kereta, satu motosikal, wang tunai RM1.07 juta, barang kemas serta jam tangan bernilai RM84,000.

“Kita merampas dadah jenis heroin 24.74 kilogram, heroin 1.23 kilogram dan syabu 0.6 kilogram.

“Lima individu juga ditahan dan kini direman hingga 27 Julai untuk membantu siasatan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.