Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

Polis Rampas Rokok Bernilai RM135,000 Di Kota Tinggi

Kongsi maklumat ini
Tags

RokokKota Tinggi – Sejumlah 2,250 kotak rokok jenis Canyon bernilai RM135,000 berjaya dirampas polis dalam satu rondaan di Jalan Kota Tinggi-Mawai, dekat Kota Tinggi.

Turut ditahan seorang pemandu lori yang membawa muatan itu, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman.

Beliau berkata lori terbabit yang turut diiringi sebuah kereta dipercayai tonto di Jalan Tun Sri Lanang bertindak memecut kenderaan mereka ke arah Jalan Mawai selepas menyedari kehadiran anggota polis.

“Lori terbabit berjaya dipintas namun pemandu bertindak menghimpit dan merempuh kenderaan anggota sehingga menyebabkan ia terbabas.

Beliau berkata pemandu kereta yang dipercayai tonto itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri.

Rahmat berkata pemandu lori terbabit dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala anggotanya tidak mengalami kecederaan meskipun kenderaan yang digunakan mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh lori itu.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu lori terbabit negatif dan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” kata beliau.

Lelaki terbabit direman selama empat hari bermula semalam.

Kes itu disiasat di bawah Sekyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dalam keadaan berbahaya, katanya lagi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.