Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Polis Rujuk Peguam Negara Dapatkan Akses Temu Bual Justo

Kongsi maklumat ini
Tags

8cb9Sepang – Polis akan merujuk Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan akses merakam kenyataan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo, berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang kini ditahan di Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dimaklumkan oleh rakan sejawatnya Jen Somyot Poopanmoung bahawa tiada temu bual boleh dilakukan sehingga warga Switzerland itu didakwa di mahkamah Thailand.

Katanya antara sebab yang diberikan ialah Justo belum didakwa di mahkamah dan sekiranya temu bual dibenarkan, ia boleh mengganggu proses pertuduhan.

Tan Sri Khalid ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Jen Somyot Poopanmoung di Bangkok

“Justo seorang warga Swiss dan kesalahan dia dilakukan di Thailand. Sebab itu tidak mudah untuk menyoal siasat dia. Dalam kes ini kita memerlukan peruntukan undang-undang untuk menemu bual Justo.

“Kerajaan Swiss turut membangkitkan perhatian terhadap rakyatnya … jadi pihak berkuasa Thai juga perlu berhati-hati dalam aspek ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Khalid berkata pihak berkuasa Thailand memerlukan sedikit masa bagi melengkapkan siasatan termasuk merujuk aspek undang-undang, antaranya bagi melihat kemungkinan polis dibenarkan menemu bual Justo.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.