Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

Polis Selesai Ambil Keterangan Daripada Justo Di Bangkok – KPN

Kongsi maklumat ini
Tags

KL01_161215_GREEN DAYKuala Lumpur – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan polis telah selesai merakam keterangan warga Switzerland, Xavier Andre Justo berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di penjara di Bangkok semalam.

Menurutnya, Justo ketika ditemu bual telah memberi kerjasama yang amat baik kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM).

“Pegawai saya akan pulang hari ini.. nanti mereka akan membentangkan hasil temu bual mereka dengan Justo,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis PDRM ‘Green Day Programme’.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan perkara-perkara yang dibangkitkan ketika temu bual dengan bekas pekerja PetroSaudi International tersebut.

Tambah beliau, kes berkaitan Justo dijangka selesai selepas polis menerima dokumen-dokumen berkaitan kes terbabit daripada pihak berkuasa Thailand.

Semalam, pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman(Siasatan/Perundangan) Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.

Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.

PDRM cuba mendapatkan keterangan daripadanya sejak beberapa bulan lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.