Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

POLIS SIASAT SAMA ADA KES TEMBAK AHLI MAJLIS MBI ADA KAITAN KES LAMPAU

Kongsi maklumat ini
Tags

gnfjIpoh – Polis sedang menyiasat sama ada motif kes tembakan ke arah kereta seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sebuah taman perumahan di sini Sabtu lepas, ada kaitan dengan kes membabitkan ahli majlis bergelar ‘datuk’ itu dua tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian dua tahun lalu itu, mangsa cedera parah akibat ditikam senjata tajam selepas diserang dua lelaki di sebuah premis di Jalan Datuk Seri Ahmad Said di sini.

Berhubung kejadian tembakan itu, beliau berkata siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa di sekitar kawasan perumahan itu sebelum melepaskan satu das tembakan.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, mangsa yang berumur 56 tahun terselamat berikutan tembakan dilepaskan lelaki itu hanya terkena pintu kanan bahagian belakang kereta.

“Mangsa kemudian bertindak memecut kenderaan ke Balai Polis Sungai Senam yang terletak kira-kira lima kilometer dari kediamannya untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh.

Sum berkata polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.